|
HAJI
|

|
PEMBIMBING |
|
USTAZ SAZALI BIN SAMSUDIN
Ustaz Sazali
Bin Samsudin, 40 tahun, dilahirkan dan kini berkerja dan
berdakwah di Ipoh, Perak. Selepas menamatkan pendidikan
awal di Maahad Al-Ehya Assyarif, Gunung Semanggol,
Taiping, Perak, Ustaz Sazali melanjutkan pelajarannya di
Umm Al-Qura University, Mekah Al-Mukarramah dari 1999
hingga 2005 dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian,
Pengkhususan Syariah.
Sekembalinya
dari Tanah Suci, Ustaz Sazali Samsudin menjadi guru
agama di dua buah sekolah agama bantuan kerajaan di
Chemor dan Jelapang, Perak dan kini di sebuah Tahfiz di
Tambun, Perak. Sambil itu beliau membina kelas-kelas
bimbingan kanak-kanak dan dewasa sendiri.
Sewaktu pengajiannya di
Umm Al-Qura, Ustaz Sazali bukan sahaja mengerjakan
ibadah haji berulang kali tetapi pernah menjadi mutawif
jamaah haji Malaysia dan penterjemah kepada jemaah haji Asia Tenggara di Kementerian Haji Arab
Saudi.
Pengalaman itu akan membantu Ustaz
Sazali dalam menunaikan tanggungjawab sebagai mutawif
kepada rombongan haji Al-Nidaa’, insyaAllah. |
Pendaftaran Dengan Tabung Haji
Semua warga Malaysia yang ingin mengerjakan ibadah haji
mesti berdaftar dengan Tabung Haji. Untuk berdaftar sila ke
mana-mana pejabat Tabung Haji dan isi borang-borang berkenaan.
Tabung Haji akan syaratkan memasukkan simpanan minima ke akaun
Tabung Haji.
Jika telah mendapat surat Tabung Haji menyatakan giliran
menunaikan ibadah haji pada satu tahun yang jauh
ke hadapan, tulis surat rayuan untuk menunaikan ibadah itu tahun
ini. Susuli permohonan itu dari masa ke semasa.
Sila lihat
Garis Panduan Berinteraksi Dengan Tabung Haji.
Pendaftaran Dengan Al-Nidaa’
Sila
isi dua borang (sila lihat di bawah) untuk disampaikan kepada
Al-Nidaa'.
Wang pendahuluan sebanyak RM1,500 semasa berdaftar boleh dibuat
melalui cek atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia
atau dikredit terus ke BIMB akaun no. 12047010029150 dengan
deposit slipnya difax ke 03-77107900.
Baki bayaran akan dipinta kira-kira sebulan sebelum berlepas.
Menunaikan
Ibadah Haji Sepertimana
Rasulullah (s.a.w)
خُذُوْا عَنِّى مَنَاسِكَكُمْ
“Ambillah olehmu dariku tatacara manasik hajimu."
(H.R Muslim)
|
HARI |
PERJALANAN |
IBADAH |
|
8 Zulhijjah
(Tarwiyah)
8.00 pagi |
Makkah-Mina dengan bas, menuju khemah yang tersedia |
Zikir, wirid, doa peribadi, solat qasar tanpa jamak.
Tazkirah oleh Pembimbing. |
|
9 Zulhijjah
7.30 pagi |
(a) Mina-Arafah dengan bas untuk tiba sebelum zohor ke
khemah di Arafah.
(b) Arafah-Muzdalifah dengan bas
atau berjalan kaki apabila
matahari
terbenam |
Wukuf : Solat Zohor / Asar jamak takdim dan qasar,
zikir, wirid, doa, hingga hampir matahari terbenam.
Mabit di Muzdalifah. Solat Maghrib dan Isyak jamak
ta’khir. Kutip batu. Solat subuh. |
|
10 Zulhijjah
Selepas Solat Subuh |
Muzdalifah-Mina. Jalan kaki atau naik bas menuju khemah |
Lontar Jamrah Aqabah secepat mungkin sebelum Zohor.
Tahallul.
Bagi yang mahu, pergi beli kambing / unta dan saksikan
sembelihan. |
|
11 Zulhijjah
(Tasyrik 1) |
(a) Mina – Makkah dengan bas
(b) Makkah – Mina dengan bas |
Tawaf Ifadhah.
Lontar 3 Jamrah selepas Zohor.
Tazkirah oleh Pembimbing. |
|
12 Zulhijjah
(Tasyrik 2) |
Tiada |
Lontar 3 Jamrah selepas Zohor.
Tazkirah oleh Pembimbing. |
|
13 Zulhijjah
(Tasyrik 3) |
Mina – Makkah
selepas lontar jamrah untuk balik ke hotel. |
Lontar 3 jamrah selepas Zohor.
Tazkirah oleh Pembimbing. |
|
Sepanjang di Makkah Pembimbing akan menyampaikan
tazkirah hampir setiap hari di Masjidil Haram atau di
hotel. |
Anjuran
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia
17A Lorong Datuk Sulaiman 7 Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel 03 77106900 Faks 03 77107900
Laman web:
www.al-nidaa-travel.com email:
urusetia@al-nidaa.com.my
SILA DOWNLOAD BORANG AL-NIDAA' UMRAH/HAJI
DI SINI
SILA DOWNLOAD BORANG HAJI
DI SINI


|